Friday, May 1, 2009

Pabila Dustur Ilahi di Pandang Enteng....

Putrajaya,1 Mei-Atas kesedaran dan sikap cakna mahasiaswa terhadap isu berkenaan status agama anak yang masih di bawah umur setelah salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam menjadi perdebatan hebat oleh semua pihak.Namun dengan tegas-setegasnya semalam,sekumpulan mahasiswa telah turun ke Mahkamah Persekutuan dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum membantah keputusan pihak cabinet menetapkan agama asal anak mengikut agama asal ibu dan bapa semasa perkahwinan.
Penyerahan memorandum pertama diserahkan oleh seorang wakil mahasiswa,Saudara Mohd Faridzul Nasaruddin,Presiden Kelab Maaruf Universiti Antarabangsa Malaysia kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan,Puan Hasnah mewakili Ketua Hakim Negara.
Manakala memorandum kedua diserahkan kepada Encik Mazli,Pegawai Khas Perdana Menteri sekaligus mewakili Perdana Menteri oleh Presiden PMIUM merangkap Majlis Tertinggi GAMIS di Pejabat Perdana Menteri.
Dalam memorandum tersebut,mereka menyatakan bahawa tindakan cabinet adalah tidak wajar dalam kes ini kerana membelakangkan ulama malah tindakan ini adalah tergesa-gesa.Selain itu,hal ini sepatutnya tidak dipandang remeh kerana ia melibatkan hukum agama.Malah,kes ini perlu di ambil cakna supaya tidak timbul kebimbangan masyarakat Islam dan juga bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat bukan Islam itu sendiri.
Dengan ini,pihak mahasiswa mencadangkan beberapa cadangan agar :
Perbincangan dan pertemuan antara ketua-ketua agama perlu dilakukan demi mendengar dan mendapat pandangan yang adil dari semua pihak.
Kedua-dua pihak,mahkamah sivil dan syariah perlu mencari titik harmoni antara kedua-dua bidang kuasa mahkamah dalam isu ini.Ini perlu dilakukan demi menyelesaikan konflik dan kekeliruan berkaitan dengan isu yang sepenting ini.
Oleh itu,mahasiswa setegas-tegasnya menuntut pihak cabinet menarik semula keputusan ini demi kepentingan dan demi keadilan untuk semua pihak.Malah,mahasiswa optimis bahawa pihak cabinet semestinya mahukan yang terbaik untuk semua pihak.Kes ini tidak mungkin sesekali dibiar terkubur begitu sahaja kerana ia melibatkan isu agama dan mungkin menyebabkan pihak yang tidak bersalah dan berdosa menanggung derita.Diharapkan perbincangan dilakukan secara terperinci oleh pihak yang bertanggungjawab dan yang hak lagi arif dalam membuat keputusan.

"Duhai sahabat-sahabat muslim..ayuh kita bersama-sama memartabatkan kembali hukum agama ISLAM yang semakin goyah akibat sikap segelintir pihak yang memandang enteng terhadap isu-isu dan hukum-hukum yang melibatkan agama ISLAM yakni agama SUCI di sisi ALLAH s.w.t"

-ISLAM itu TINGGI,dan tiada yang lebih TINGGI daripadanya-

No comments: