Thursday, September 10, 2009

BerSAbarkAH aKU????


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalampenaku....
Hari nie macam-macam berlaku dalam hidup aku..sampai terfikir pula nak menulis buku tajuk 'hari-hari dalam hidupku' macam buku tokoh terulung asy-syahidah Zainab Al-ghazali.Dalam keletihan tadi,selepas habis ja kelas terakhir untuk hari nie secara formalnya..aku pun terfikir untuk berbuka bersama-sama member-member aku kat rumah diorang.Ermmmm...aku call ja kak 't' gtau dia aku nak pi sana..

Sampai ja kat bangunan kediaman diorang,aku tengok ramainya pak cik2,mak cik2,adik2 kecik,kakak2 dan abang2 yang berkerumun depan lif.Rupa2nya lif rosak.Ada la pulak orang yang terperangkap dalam tue.Sedihnyaaaa.....
Bertungkus-lumus beberapa orang penghuni lain cuba untuk hulurkan bantuan..Subhanallah..kuatnya semangat kejiranan yang wujud dalam jiwa diorang.Semangat diorang membuatkan aku terfikir betapa ikhlasnya hati-hati mereka tanpa menghiraukan betapa letihnya diorang sehingga berjujuran titisan keringat tambahan pula dalam bulan ramadhan mulia nie..Semoga diorang sentiasa diberkati dalam hidup dan hanya Allah Pemilik sekalian alam mampu menilai dan membalas segalanya..

Namun,dalam kebanggaan memiliki masyarakat macam tue..aku sedih kerana ada segelintir daripada mereka yang hanya tahu membebel dan menambahkan keserabutan kat orang2 yang ada di situ..hanya Allah saja la yang tau..huhuhu
Tunggu punya tunggu,sampai jugak 'si pembuka lif'..tapi malangnya tak jugak terbuka lif tue..huhuhuhu..aku pun letih menunggu.Tambahan pula aku tak solat Asar lagi waktu tue.Jam pula dah dekat pukul 6 petang..apalagi,aku pun buat keputusan untuk naik ja tangga..ermmmmm..lupa nak bagitau,rumah member2 kau tue tingkat 15 (atas sekali)..tak pikir dah nak patah balik ataupun pikir penat ka tak...aku dengan sepenuh tenaga naik ja tangga dan akhirnya sampai jugak kat rumah diorang..hehehe..alhamdulillah..berjaya juga misi pendakian aku walaupun hampir putus semangat untuk meneruskan pendakian time sampai tingkat 8 tue..huhhhh semput jugak..rasa macam nak luruh ja jantung..huhuhu..=(

Saat tue aku teringat kata-kata kak 't' time tengah tunggu lif (sebelum kejadian berlaku)..'sham...hanya orang yang sabaq ja boleh dok kat sini.sham x leh dok kat sini akak rasa....'aku senyum sorang2 bila teringat kata2 tue.Memang betoi la apa yang kak 't' cakap tue..aku akan ingat saat2 macam yang jadi hari nie...=)

So,apa yang nak aku habaq kat sini....dalam setiap yang terjadi dalam hidup kita da tercalit hikmah di sebalik semua itu..dalam kesusahan akan hadirnya kesenangan dan jangan lupa sebaliknya,yang manis tu tak semestinya akan selamanya manis kerana tercipta kepahitan sebagai pasangannya..Itulah dinamakan lumrah kehidupan dan asam garam untuk menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir untuk menjadi yang terbaik...

Akhir kalam,ingin aku ingatkan pada diriku yang kerdil lagi hina dina ini juga buat kalian member2 kalampenaku agar senantiasa bersyukur dengan nikmat kurnianNYA walauapapun Dia hadirkan dalam hidup kita..renung dan fikirkanlah.....

*p/s : -hidup biar sentiasa memberi manfaat untuk orang lain
         -usahlah mengharapkan pujian ataupun pengiktirafan hamba melainkan 
          hanya mengharapkan pujian dariNYA kerana itulah sebaik-baik 
          pengharapan..
         -do the best to be the best in your life!!!!
         -JIA YOU!!!


Tuesday, September 8, 2009

Saturday, September 5, 2009

kerNa aKU....


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan Kalampenaku yang amat disayangi,dikasihi,dicintai dan dirindui.....
Tahniah buat kalian kerana sanggup berjuang demi sebuah perjuangan tanpa mengenal erti keperitan dan kesusahan saat 'mereka' bersenang-lenang dengan kehidupan di dunia fana'.TAHNIAH!!!!aku berasa bangga dengan kalian...Teruskan usaha di atas jalan KEBENARAN...
Ermmmm...dah masuk hari ke-15 berada dalam bulan penuh keberkatan,Ramadhan El-mubarak..dimana seluruh umat Islam wajib la puasa kecuali 'mereka' yang diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t..oh ya..sementara nak tunggu untuk aku kejut kak 'I' bangun sahur nie..Terfikir la pula kat Kalampenaku yang semakin usang dek ditinggalkan oleh tuannya yang otaknya hampir-hampir tepu kerana malas untuk terus berfikir..hehe..
Minggu nie la penuh dengan aktiviti yang menyesakkan kepala otak yang memang dah serabut nie..assigment la..keluar jalan-jalan ngan member-member la..pikir tempat untuk berbuka la..janji temu ngan mr 'psiko' lagi...ermmmm...meeting lagi..uhuk2..busy la katakan...tapi bila dipikirkan,tak la busy sangat.Buat-buat busy ja lebih..Apapun aku bersyukur sangat sebab aku ada PENCIPTA dan PENGATUR hidup aku yang Maha HEBAT sekali..saat DIA hadirkan kat aku kesusahan,dia susuli dengan menghadirkan kat aku kesenangan..SUBHANALLAH..betapa indahnya hidup kita andai mengabdikan seluruh kehidupan kita untukNYA..DIA lah sebaik-baik tempat pengharapan dan tempat untuk kita mengadu..huhuhu...sedih la pula..bukan apa..kadang-kadang kita lupa dengan hakikat kehidupan yang ada pro dan kontranaya..rasa diri sudah hebat apabila membuat sedikit kebaikan walaupun tak sampai pun sebesar biji sawi..kenapa ya manusia nie selalu macam tuh??????
Okey la..sama-sama kita pikirkan dan renung diri kita.Adakah kita betul-betul buat segala apa yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita selama kita bernafas dengan 'makhluk' pinjaman ALLAH s.w.t buat kita....?????  
Dah hampir waktu imsak,subuh pun tak lama lagi...aku nak berundur diri dulu k..jumpa lagi duhai kalampenaku...

p/s : selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kenikmatan..
        jangan lupa bangun sahur...bangunlah walaupun hanya dengan minum                       seteguk air kerana pada sahur itu adanya keberkatan...
        dan jangan la terlebih makan time berbuka tue..nanti berat pulak nak pegi terawih..hehe