Tuesday, November 24, 2009

NASIB aku KOT....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalampenaku...
Esok aku dah nak balik kampung.Lambaian jelapang padi yang menghijau menggamit kerinduan.So,mungkin sebulan pula kita akan bersua.huhuhu..

Dengan ditemani desiran putaran kipas,sinaran lampu kalimantang pada pagi yang agak "bising" nie,aku nak cerita pengalaman aku hari nie.Semoga ia mampu menjadi renungan  buat semua.

"Nasib bek weh aku tak kena langgar hari nie.."
"huhhh...memang nasib aku la.."
"bertuah r ang...."
"kira okay la tue weh...tengok aku.."

-Nasib sabut timbul,nasib batu tenggelam-

Nasib
Nasib
Nasib
Ooooo nasib......

Okeh....kat atas tu banyak kali aku sebut tentang nasib..so,tajuk aku pagi nie tentang "NASIB"

Bukan semua orang bernasib baik dan bukan semua bernasib malang..ermmmm,betol tak r ayat aku nie..belasah ja la...=D 
Apabila bicara tentang nasib,aku terfikir.Kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir.Selalu "kenapa??","mengapa", terbit dari bibir kita.Adakah itu ertinya tidak bersyukur??Soalan nie aku tujukan buat semua member-member yang terbaca atau tersesat kat blog aku..=)

Anugerah dan nikmat  di waktu senang itu amat bermakna dalam hidup semua makhluk di dunia nie.Tahniah buat mereka yang senantiasa bersyukur dengan semua itu.Tapi,berapa banyakkah antara kita yang bersyukur??Aku lihat,kebanyakan kita bangga saat kesenangan tue dikecapi...sampai ada keluarkan statement "dunia ini,aku yang punya"..

Tapi,bila tiba saat ujian hadir...

Kita fikir,kitalah insan yang paling malang bila sesuatu musibah jadi kat kita.Salahkan takdir.Tuding jari kat orang lain.."salahkanmu jangan jangan salahkanku"..Ada pulak yang kata "Allah dah tak sayang kat aku".Tapi,benarkah kita yang paling malang??

Tidak!!

Hakikatnya,ada lagi insan yang lebih malang sedang  bersedih di "sana".Pernahkah kita berfikir untuk membantu mereka??Pernahkah kita cuba untuk mendengar rintihan mereka??Pernahkah kita berhenti untuk mendekati insan malang itu??Sedih..pilu..simpati..kasihan..??wujudkah perasaan itu dalam diri kita??(aku tanya kat aku juga nie)

Ketahuilah..
Kita hanyalah hamba yang lemah..Hamba yang hina dina..Baik dan buruk itu semuanya ujian dari Allah s.w.t..Sang Pencipta yang Maha Agong..Hanya dia "pengatur" dan "perancang" terbaik..Disebalik ujian yang hadir tue terselit dan tersirat segunung hikmah jua rahsia.Itu adalah pasti!!

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
  "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
                                                                                                                                 ( surah Al-ankabut : 2 )
So,mohonlah petujuk dariNYA andai hati resah dan gelisah.Kadang-kadang itu hanya mainan perasaan.Apabila Allah s.w.t datangkan ujian ataupun kesusahan,pasti DIA akan hadirkan kesenangan jua kegembiraan selepas itu..yang penting kena YAKIN dan PERCAYA.

p/s : Ya ALLAH..semoga KAU pimpin hati suci dan berikan kekuatan buat "adik A" agar dia tenang merentasi kemelut di dunia penuh pancaroba ciptaanMU ini .amennn...
                                                                                                                                       

Sunday, November 22, 2009

aku "HIDUP"..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hidup..
apa erti hidup??
aku bingung
aku keliru
adakah hidup itu bahagia selamanya??
adakah hidup itu gembira selamanya??
atau hidup itu sentiasa suram??
ini semua aku serahkan padamu untuk menilai..

Hidup..
apa erti hidup??
adakah ia satu tempat persinggahan??
atau sekadar dunia khayalan??
penuh dengan ceritera dongengan??
mimipikah aku??
hakikatnya tidak..
mengapa hidup perlu begini??
mengapa hidup perlu begitu??
ini juga aku serahkan padamu untuk berfikir..


Hidup..
apa erti hidup??

siapa "penciptanya"??
lihatlah..
betapa agongnya
betapa hebatnya Dia menciptakan "hidup"
dimana tiangnya??
dimana lantainya??
unik..
sungguh unik...


Namun..
apa jasamu
apa tugasmu
kau sendiri

lihat lah...

alpa dengan lukisan sendiri
alpa dengan keasyikan melodi sendiri
alpa dengan hakikat "diri" kau

hanyalah "barang" pinjaman..


Hidup...
kau kata kau bersyukur
tapi di mana buktinya??
tahukah kau apa itu syukur??
usah kau menipu diri sendiri
zahirkan dirimu disebalik topengmu itu..
hadapilah alam realiti ini
kerana inilah hakikatnya...

Hidup..
sujudlah kau 
sujudlah pada Sang Pencipta
kerana itulah yang terbaik
yakinlah
kau akan damai...
damai...

selamanya damai..

p/s :* letakkan sepenuh pengharapan dan kasih kepada Sang Pemilik jiwa..dirimu pasti tenang damai abadi.
       *sandarkan sepenuh cinta kepada Sang Pemilik "hakiki" hatimu..pasti cintamu berbalas dan dihargai..
       *DIA lah segalanya..hanya DIA tiada lagi yang lain.....
       *pe pun..hepi holiday semua..(n_n)y

Monday, November 16, 2009

wARkah di kALa huuujANN...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hujan...
bisakah engkau
menghapuskan segala kotoran
dimuka bumi ini...??
Tidak!!
mungkin engkau mampu
menggembirakan tanah yang gersang
namun...
engkau tidak mampu
menghapuskan "kesan"
yang kau tinggalkan
engkau juga tak mungkin
menbersihkannya..
malah
engkau hadirkan lagi lumpur
yang entah bila akan
terhapus.....

Begitulah jua....

Mutiara jernih..
hanya mampu gugur
membasahi bantal & membazirkan tisu
ia juga tak mampu
menghilangkan segala kegusaran
di hati ini,
tak mungkin menghilang segala
"kekotoran"
di jiwa ini...
tak mungkin!!tak mungkin!!
jua takkan sesekali
menghapuskan segala dosa-dosa lalu..
pasti masih ada kesan-kesan
jua parut yang kekal
selamanya.....

Ya Allah...
Hanya Dikau mampu menyembuhkan
segalanya...
Kau juga pengubat
yang TERBAIK...


* serahkan dan titipkan 100% pengharapan hanya pada SANG PENCIPTA..ALLAHU RABBI..agar diri senantiasa ceria seindah & sesinar rembulan di kala malam menjelma...insyaALLAH...=)

p/s : nie "sajak" kononnya la...hahahhaha..just nak hiburkan hati..hari nie hujan ja seharian...
       semoga dpt paham disebalik sajak yang "terbaik" yang aku buat hari ini...hehehe
       jia you!!
       baarakallahu fikummm...amennn..

Thursday, November 12, 2009

CerGAS cERia BERsamA BroMC09...



PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA

Kempen bro MC telah bermula.Fakulti dan Kolej adalah sasaran kami.Nantikan kami mengetuk setiap pintu kegelisahan ANDA.Berminat tapi tiada masa untuk sms kepada kami?Pendaftaran boleh dilakukan terus disana.Masih banyak kekosongan untuk ANDA isi!Jangan tunggu lagi!Daftar sekarang!


Brotherhood of Muslim Camp 2009
Tarikh : 22 November 2009 - 24 November 2009
Tempat :Kem Sri Raudah,Gombak
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil

http://bromc09.blogspot.com/



Tuesday, November 10, 2009

Mengapa perlu hadirnya...???


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Awan yang cerah itu tidak selamanya indah......umpama sebuah kehidupan manusia...aku percaya dan penuh yakin bahawa semua orang di dunia ini impikan kehidupan yang senantiasa bahagia sama seperti awan biru yang mendamaikan tatkala sang pemerhati merenungnya.Subhanallah...

Di sini aku berhenti seketika..terus memerhati alam sekeliling,merenung kehidupan,dan cuba untuk berfikir..terdetik di hati kecil ini untuk membuat kesimpulan sendiri.Walaupun aku tahu dan mengerti bahawa kesimpulan itu mungkin betul dan jua mungkin ada salahnya...


Awan itu,
sekali pandang mungkin mampu membuatkan sang pemerhati tersenyum,mungkin ia jua akan membuatkan sang pemerhati menangis,malah ia juga mampu membuatkan sang pemerhati ketawa riang..yang pasti semua itu atas penilaian sang pemerhati..


Awan itu,
Tanpa kita duga...dalam kegembiraan dan keindahannya di langit biru yang luas itu terselit duka yang akhirnya menggugurkan titisan jernih.Tiada siapa tahu..tiada siapa mengerti...tiada siapa memahami....hakikat yang ditanggung dek awan yang disangka berarak riang rancak hingga mengaburi sang pemerhati yang sedang leka memerhatikannya..


Awan itu,
Alangkah indahnya andai selamanya tenang setenang kalbu yang suci tanpa dosa noda....mampu mempengaruhi sang pemerhati agar damai sedamainya tanpa hadirnya sekelumit rasa perit yang menghancurkan jiwa..???


Awan itu,
Adakah ia mampu menjadi simbolik sebuah kehidupan...????


Renung diri,tanya iman....
Tidaklah salah andai menghadirkan walau hanya secebis kebahagiaan buat insan di tepi,atas,kanan,kiri,mahupun di mana-mana jua diri menapak...namun usah sesekali membuatkan mereka menangis kerana kita yang menghadirkan kedukaan itu...


p/s : manusia tak mungkin dan tak akan menjadi sempurna kerana itu adalah hakikat kejadian "manusia".
       Oleh itu,buatlah kebaikan walau dengan memberi senyuman andai itu mampu 
       membuatkan orang lain tersenyum sedangkan hakikat diri sendiri terluka...


Sunday, November 1, 2009

Dalam kedukaan..ada ketenangan..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalampenaku...
Aku nak kongsi kegembiraan aku kat cnie..hari nie keluar jalan-jalan ikut housemate aku,kak syitah pi Darby Park area KLCC.Ermmmm...pi rumah saudara dia.Best sangat hari nie coz aku jumpa dengan si comey LOKMAN dan si cute FARISYA,dan ada laginya Farhana,Fatini juga Firdaus yang minat melukis komik tersendiri..hehehe..rasa terubat sikit rindu kat kampung tercinta nun jauh di jelapang padi..huhuhu..kat bawah nie aku selitkan gambar-gambar time kat sana... 



 

 

 




hehe...best kan..perut kenyang dan hati juga bahagia..Alhamdulillah...thanks YA ALLAH coz KAU hadirkan kegembiraan dan ketenangan buatku hari nie..dan thanks juga buat kak syitah...dan tak lupa juga buat cik aini dan pak cik hasyim sekeluarga...semoga senantiasa dalam rahmat dan barakanNYA..murah rezki sokmo...amennn=)

p/s : - dah happy tue jangan lupa nak study pulak ye angah..
       - jia you!!ma'attaufiq wannajah buat sahabat2 semua...
       - jawab exam elok-elok noo..