Thursday, September 10, 2009

BerSAbarkAH aKU????


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalampenaku....
Hari nie macam-macam berlaku dalam hidup aku..sampai terfikir pula nak menulis buku tajuk 'hari-hari dalam hidupku' macam buku tokoh terulung asy-syahidah Zainab Al-ghazali.Dalam keletihan tadi,selepas habis ja kelas terakhir untuk hari nie secara formalnya..aku pun terfikir untuk berbuka bersama-sama member-member aku kat rumah diorang.Ermmmm...aku call ja kak 't' gtau dia aku nak pi sana..

Sampai ja kat bangunan kediaman diorang,aku tengok ramainya pak cik2,mak cik2,adik2 kecik,kakak2 dan abang2 yang berkerumun depan lif.Rupa2nya lif rosak.Ada la pulak orang yang terperangkap dalam tue.Sedihnyaaaa.....
Bertungkus-lumus beberapa orang penghuni lain cuba untuk hulurkan bantuan..Subhanallah..kuatnya semangat kejiranan yang wujud dalam jiwa diorang.Semangat diorang membuatkan aku terfikir betapa ikhlasnya hati-hati mereka tanpa menghiraukan betapa letihnya diorang sehingga berjujuran titisan keringat tambahan pula dalam bulan ramadhan mulia nie..Semoga diorang sentiasa diberkati dalam hidup dan hanya Allah Pemilik sekalian alam mampu menilai dan membalas segalanya..

Namun,dalam kebanggaan memiliki masyarakat macam tue..aku sedih kerana ada segelintir daripada mereka yang hanya tahu membebel dan menambahkan keserabutan kat orang2 yang ada di situ..hanya Allah saja la yang tau..huhuhu
Tunggu punya tunggu,sampai jugak 'si pembuka lif'..tapi malangnya tak jugak terbuka lif tue..huhuhuhu..aku pun letih menunggu.Tambahan pula aku tak solat Asar lagi waktu tue.Jam pula dah dekat pukul 6 petang..apalagi,aku pun buat keputusan untuk naik ja tangga..ermmmmm..lupa nak bagitau,rumah member2 kau tue tingkat 15 (atas sekali)..tak pikir dah nak patah balik ataupun pikir penat ka tak...aku dengan sepenuh tenaga naik ja tangga dan akhirnya sampai jugak kat rumah diorang..hehehe..alhamdulillah..berjaya juga misi pendakian aku walaupun hampir putus semangat untuk meneruskan pendakian time sampai tingkat 8 tue..huhhhh semput jugak..rasa macam nak luruh ja jantung..huhuhu..=(

Saat tue aku teringat kata-kata kak 't' time tengah tunggu lif (sebelum kejadian berlaku)..'sham...hanya orang yang sabaq ja boleh dok kat sini.sham x leh dok kat sini akak rasa....'aku senyum sorang2 bila teringat kata2 tue.Memang betoi la apa yang kak 't' cakap tue..aku akan ingat saat2 macam yang jadi hari nie...=)

So,apa yang nak aku habaq kat sini....dalam setiap yang terjadi dalam hidup kita da tercalit hikmah di sebalik semua itu..dalam kesusahan akan hadirnya kesenangan dan jangan lupa sebaliknya,yang manis tu tak semestinya akan selamanya manis kerana tercipta kepahitan sebagai pasangannya..Itulah dinamakan lumrah kehidupan dan asam garam untuk menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir untuk menjadi yang terbaik...

Akhir kalam,ingin aku ingatkan pada diriku yang kerdil lagi hina dina ini juga buat kalian member2 kalampenaku agar senantiasa bersyukur dengan nikmat kurnianNYA walauapapun Dia hadirkan dalam hidup kita..renung dan fikirkanlah.....

*p/s : -hidup biar sentiasa memberi manfaat untuk orang lain
         -usahlah mengharapkan pujian ataupun pengiktirafan hamba melainkan 
          hanya mengharapkan pujian dariNYA kerana itulah sebaik-baik 
          pengharapan..
         -do the best to be the best in your life!!!!
         -JIA YOU!!!


No comments: