Thursday, July 30, 2009

DiTeRImaKah WudUKku iTU..????


"Dari Umar radialIahu'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Barang siapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya". (HR. Muslim)
Kalampenaku...
Sedar tak sedar,hidup kita sudah hampir sampai ke penghujungnya.Cuma bila masanya itu masih belum pasti.Tapi,sudah cukupkah bekalan kita???mungkinkah setiap amalan kita diterima di sisiNya??
Persoalan itulah yang bermain di minda dan akal hinaku kini...
Solat itu I'MADUDDIN (tiang agama) dan WUDUK itu menjadi salah satu daripada SYARAT SAH SOLAT.
Bersarang di hatiku ini rasa gusar risau sekali dan teramat la takut akan kepedihan azab ALLAH s.w.t.Nau'zubillah.Setiap kali hendak menunaikan solat,sudah pasti secara automatik minda memproses untuk mengarahkan jasad untuk berwuduk maka dengan itu kaki dengan rela melangkah mencari destinasi punca air musabab utama wuduk.Namun pernahkah kita berfikir tentang perihal wuduk kita selama ini??diterimakah solat kita dengan hadirnya wuduk itu??sempurnakah wuduk kita??adakah kita berpandukan kepada cara wuduk yang diajarkan oleh baginda Rasulullullah s.a.w??
Dengan ini,aku ingin membawa sahabat-sahabat untuk sama-sama berfikir akan punca dan asas utama dalam bahan bagi mengukuhkan "tiang agama"..Bagaimanakah yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan 'sebaik-baik berwuduk' itu?????-BERFIKIR untuk terus BERFIKIR....-
*Ya ALLAHU RABBI...
Daku bermohon padaMU agar KAU menerima setiap amalan wudukku,solatku,doaku dan seluruh amalan aku kerana aku menyedari akan hakikat kesempurnaan solat itu menghindarkan diriku daripada amalan hina dan kemaksiatan di atas muka bumiMU Ya ALLAH...

No comments: