Wednesday, July 15, 2009

Luahan seorang hamba..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Buat KALAMPENAKU...
Untuk hari ini,aku ingin nukilkan apa yang bermain di minda kerdilku ini.Saat itu aku termenung sambil memerhati gelagat dan telatah orang dihadapanku.Ermmmmmm....lupa mau bagi tau.Aku suka sangat memerhati gelagat orang di sekeliling aku.Kadangkala ia menjadi penawar dan jua penghibur buat hatiku.Pelbagai kerenah dan tingkahlaku yang dipamerkan sehingga membuatkan aku terfikir sesaat tentang sebuah kehidupan yang kini aku sedang lalui.
Kalampenaku.....
Masih menjadi bekalan buatku sampai saat ini.Kata-kata nasihat yang penuh bermakna dalam meneruskan sebuah kehidupan yang penuh dengan ranjau jua badai ini.."angah,dok kat mana pun..jangan buat orang susah hati,bagi orang suka dengan perangai kita tak pa.biaq pi la apa orang nak kata selagi kita tak wat salah jangan takut..janji angah bahagia....belajaq rajin-rajin..ilmu tu la harta kita...mak dan ayah sentiasa doa moga angah berjaya.."huhuhuuhuh...lebih kurang macam tu la mak ayah aku pesan..rindunya kat mak ayah...
Kalampenaku.....
Di perantauan inilah mengajar aku banyak tentang erti sebuh kehidupan.susah...senang..saat gembira..penuh dengan tawa riang...saat sedih dan duka..penuh dengan tangisan pilu..
Di sini jualah aku sedar akan kasih sayang hakiki...
Kasihnya seorang ibu dan ayah..
Jua kasihnya seorang sahabat...
Kedua-duanya begitu bernilai dan bermakna dalam kamus hidup aku..
Kalampenaku......
Saat ini jua aku kebingungan dalam mencari makna kehidupan..Betapa sukarnya diri ini merasakan untuk memahami jua mengerti alam sarwa jagat ini.Semakin aku cuba untuk memahami.....semakin aku tidak mengerti...adakah diri ini terlalu kejam kerana memaksa jiwa untuk membuat apa yang tidak rela dan terpaksa melakukannya....
Kalampenaku......
Benarkah????kita tidak akan mampu untuk memahami jiwa seseorang itu selagi diri kita sendiri tak difahami.....kadang-kadang tu..kata orang, "belajarlah untuk menjadi diri sendiri"....InsyaAllah,ALLAH itu Maha ADIL lagi Maha MENGETAHUI...setiap hambaNYA diciptakan akan kelebihan jua kekurangan..jadi,buatlah sekadar yang mampu kita buat dengan penuh kesungguhan dan ketekunan....aku sedar,jiwa manusia tidak pernah bersyukur dengan nikmat kurniaanNYA..terlalu tamak dan ego.Tidak sedar akan dirinya yang hanya seorang hamba yang dhoif lagi hina dina.....bertepatanlah dengan firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana dia tidak mengubah nasib dirinya sendiri"..(ar-ra'd :11)
So,cubalah untuk mengenal diri demi mengenal Allah s.w.t pencipta semesta alam ini...Subhanallah....
USAHA!USAHA!dan TERUSLAH BERUSAHA.....
Tatkala mentari itu muncul....

No comments: