Wednesday, July 8, 2009

JIWA YANG HINA....

Bismillahirrahmanirrahim......
Salam a'laik buat semua sahabat KALAMPENAKU...
Dah lama rasanya diri ini tidak bertapak mahupun bersua dengan KALAMPENAKU.Terasa otak ini sudah tepu kerana sudah sekian lama tidak BERFIKIR untuk terus BERFIKIR kerana diri ini terlalu alpa dan leka dengan nikmat dunia kurniaan ILAHI...
Hari ini,diri ini teramat rindu dengan KALAMPENAKU.Rindu sekali untuk berbicara dengannya.Sejak beberapa ketika berkenalan dengan KALAMPENAKU,diri ini menyepi tanpa khabar.Maafkan diri ini ya duhai KALAMPENAKU...
KALAMPENAKU...
Hari-hari yang aku lalui membuatkan diri ini terasa sangat kerdil dan hina.Terasa diri ini telah di anugerahkan pelbagai ujian..sedangkan sahabat-sahabat yang lain lebih besar dan berat ujian ke atas diri mereka.Namun mereka tega dan terus bersabar dengan ujian itu.Tapi...mengapa diri ini terlalu lemah dalam mengharungi lautan ujian itu...YA ALLAH.....
KALAMPENAKU...
Kadang-kadang diri ini terlalu ego dan bangga dengan sekelumit cuma kelebihan kurniaan ILAHI...Memandang sinis akan kelemahan orang lain..Sedangkan mereka mungkin lebih baik dari diri ini...diri ini cemburu dengan semua itu...hinanya diri ini.Aku mengerti bahawa setiap nikmat kesenangan dan kesusahan itu tetap merupakan ujian dariMU...YA RABB..ampuni aku..
KALAMPENAKU...
Diri ini selalu mengimpikan akan keindahan,ketenangan dan kedamaian tatkala melakarkan hari-hari dalam hidupku ini..Betapa bahagianya apabila melakarkan akan coretan impian itu.Namun diri ini sedar bahawa untuk mencapai yang terbaik dalam setiap sesuatu itu akan hadirnya 'makhluk' yang bernama ujian.Andai kita mampu untuk terus bersabar dengan semua ujian yang di hadiahkan itu...insyaALLAH,kemanisan dan kedamaian akan hadir..So,percaya dan yakinlah dengan ketentuan ILAHI.Sesungguhnya DIA tidak akan sesekali mengsia-siakan akan hambaNYA yang sabar dan bersyukur dengan kurniaanNYA.Sentiasalah berdoa demi kesejahteraan hidup.
KALAMPENAKU...
Cukup sudah rasanya diri ini meluahkan rasa dan omelan setelah sekian melupakan dirimu..
Diri ini bermohon..duhai pemilik jiwa yang penuh dengan ukiran-ukiran dosa ini,ampunilah diri ini...tenangkanlah jiwa ini....sedarkanlah diri ini dari kealpaan dan kelalaian dengan tipu daya dunia ini...kurniakanlah aku kebersihan hati agar ia jauh dari kekotoran yang menyebabkan ia terus kelabu...ingatkanlah aku dengan peringatan-peringatan yang membolehkan aku sentiasa bersamaMU....
YA ALLAH....

No comments: