Sunday, November 22, 2009

aku "HIDUP"..

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Hidup..
apa erti hidup??
aku bingung
aku keliru
adakah hidup itu bahagia selamanya??
adakah hidup itu gembira selamanya??
atau hidup itu sentiasa suram??
ini semua aku serahkan padamu untuk menilai..

Hidup..
apa erti hidup??
adakah ia satu tempat persinggahan??
atau sekadar dunia khayalan??
penuh dengan ceritera dongengan??
mimipikah aku??
hakikatnya tidak..
mengapa hidup perlu begini??
mengapa hidup perlu begitu??
ini juga aku serahkan padamu untuk berfikir..


Hidup..
apa erti hidup??

siapa "penciptanya"??
lihatlah..
betapa agongnya
betapa hebatnya Dia menciptakan "hidup"
dimana tiangnya??
dimana lantainya??
unik..
sungguh unik...


Namun..
apa jasamu
apa tugasmu
kau sendiri

lihat lah...

alpa dengan lukisan sendiri
alpa dengan keasyikan melodi sendiri
alpa dengan hakikat "diri" kau

hanyalah "barang" pinjaman..


Hidup...
kau kata kau bersyukur
tapi di mana buktinya??
tahukah kau apa itu syukur??
usah kau menipu diri sendiri
zahirkan dirimu disebalik topengmu itu..
hadapilah alam realiti ini
kerana inilah hakikatnya...

Hidup..
sujudlah kau 
sujudlah pada Sang Pencipta
kerana itulah yang terbaik
yakinlah
kau akan damai...
damai...

selamanya damai..

p/s :* letakkan sepenuh pengharapan dan kasih kepada Sang Pemilik jiwa..dirimu pasti tenang damai abadi.
       *sandarkan sepenuh cinta kepada Sang Pemilik "hakiki" hatimu..pasti cintamu berbalas dan dihargai..
       *DIA lah segalanya..hanya DIA tiada lagi yang lain.....
       *pe pun..hepi holiday semua..(n_n)y

No comments: