Tuesday, November 24, 2009

NASIB aku KOT....

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalampenaku...
Esok aku dah nak balik kampung.Lambaian jelapang padi yang menghijau menggamit kerinduan.So,mungkin sebulan pula kita akan bersua.huhuhu..

Dengan ditemani desiran putaran kipas,sinaran lampu kalimantang pada pagi yang agak "bising" nie,aku nak cerita pengalaman aku hari nie.Semoga ia mampu menjadi renungan  buat semua.

"Nasib bek weh aku tak kena langgar hari nie.."
"huhhh...memang nasib aku la.."
"bertuah r ang...."
"kira okay la tue weh...tengok aku.."

-Nasib sabut timbul,nasib batu tenggelam-

Nasib
Nasib
Nasib
Ooooo nasib......

Okeh....kat atas tu banyak kali aku sebut tentang nasib..so,tajuk aku pagi nie tentang "NASIB"

Bukan semua orang bernasib baik dan bukan semua bernasib malang..ermmmm,betol tak r ayat aku nie..belasah ja la...=D 
Apabila bicara tentang nasib,aku terfikir.Kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir.Selalu "kenapa??","mengapa", terbit dari bibir kita.Adakah itu ertinya tidak bersyukur??Soalan nie aku tujukan buat semua member-member yang terbaca atau tersesat kat blog aku..=)

Anugerah dan nikmat  di waktu senang itu amat bermakna dalam hidup semua makhluk di dunia nie.Tahniah buat mereka yang senantiasa bersyukur dengan semua itu.Tapi,berapa banyakkah antara kita yang bersyukur??Aku lihat,kebanyakan kita bangga saat kesenangan tue dikecapi...sampai ada keluarkan statement "dunia ini,aku yang punya"..

Tapi,bila tiba saat ujian hadir...

Kita fikir,kitalah insan yang paling malang bila sesuatu musibah jadi kat kita.Salahkan takdir.Tuding jari kat orang lain.."salahkanmu jangan jangan salahkanku"..Ada pulak yang kata "Allah dah tak sayang kat aku".Tapi,benarkah kita yang paling malang??

Tidak!!

Hakikatnya,ada lagi insan yang lebih malang sedang  bersedih di "sana".Pernahkah kita berfikir untuk membantu mereka??Pernahkah kita cuba untuk mendengar rintihan mereka??Pernahkah kita berhenti untuk mendekati insan malang itu??Sedih..pilu..simpati..kasihan..??wujudkah perasaan itu dalam diri kita??(aku tanya kat aku juga nie)

Ketahuilah..
Kita hanyalah hamba yang lemah..Hamba yang hina dina..Baik dan buruk itu semuanya ujian dari Allah s.w.t..Sang Pencipta yang Maha Agong..Hanya dia "pengatur" dan "perancang" terbaik..Disebalik ujian yang hadir tue terselit dan tersirat segunung hikmah jua rahsia.Itu adalah pasti!!

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
  "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
                                                                                                                                 ( surah Al-ankabut : 2 )
So,mohonlah petujuk dariNYA andai hati resah dan gelisah.Kadang-kadang itu hanya mainan perasaan.Apabila Allah s.w.t datangkan ujian ataupun kesusahan,pasti DIA akan hadirkan kesenangan jua kegembiraan selepas itu..yang penting kena YAKIN dan PERCAYA.

p/s : Ya ALLAH..semoga KAU pimpin hati suci dan berikan kekuatan buat "adik A" agar dia tenang merentasi kemelut di dunia penuh pancaroba ciptaanMU ini .amennn...
                                                                                                                                       

2 comments:

Haniff Ismail said...

Salam ziarah..

ermm..ttg nasib ye..
sebenarnya tiada istilah nasib dlm hidup kita kan..

segalanya sudah dirancang kan..
ada yg berupa musibah..
dan ada yg berupa anugerah dari illahi..

semuanya ujian utk kita yg hidup didunia nie..

walaupun ianya musibah yg diberi..
kuatkan diri, cekalkan hati

"biar sejuta kepayahan di bahumu,,biar sejuta keperitan di dadamu... sesungguhnya itu adalah kemanisan anugerah ilahi untuk mu"
huhu

dan apabila kita rasakan ianya ujian utk kita..
ingatlah perkara nie jugak ye..

Siapakah orang yang manis senyuman nya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata

"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."

Lalu sambil berkata,

"Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini",

sambil mengukir senyuman.

wallahualam..

insyaAllah..

p/s:-
jagalah dirimu dan usahakan kemuliaan..

apapun ceria2 n senyum2 slalu..huhu

Syed Ahmad Fathi said...

nasib tu qada
dan qadar dari
ALLAH SWT.
WALLAHUALAM.