Tuesday, November 10, 2009

Mengapa perlu hadirnya...???


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Awan yang cerah itu tidak selamanya indah......umpama sebuah kehidupan manusia...aku percaya dan penuh yakin bahawa semua orang di dunia ini impikan kehidupan yang senantiasa bahagia sama seperti awan biru yang mendamaikan tatkala sang pemerhati merenungnya.Subhanallah...

Di sini aku berhenti seketika..terus memerhati alam sekeliling,merenung kehidupan,dan cuba untuk berfikir..terdetik di hati kecil ini untuk membuat kesimpulan sendiri.Walaupun aku tahu dan mengerti bahawa kesimpulan itu mungkin betul dan jua mungkin ada salahnya...


Awan itu,
sekali pandang mungkin mampu membuatkan sang pemerhati tersenyum,mungkin ia jua akan membuatkan sang pemerhati menangis,malah ia juga mampu membuatkan sang pemerhati ketawa riang..yang pasti semua itu atas penilaian sang pemerhati..


Awan itu,
Tanpa kita duga...dalam kegembiraan dan keindahannya di langit biru yang luas itu terselit duka yang akhirnya menggugurkan titisan jernih.Tiada siapa tahu..tiada siapa mengerti...tiada siapa memahami....hakikat yang ditanggung dek awan yang disangka berarak riang rancak hingga mengaburi sang pemerhati yang sedang leka memerhatikannya..


Awan itu,
Alangkah indahnya andai selamanya tenang setenang kalbu yang suci tanpa dosa noda....mampu mempengaruhi sang pemerhati agar damai sedamainya tanpa hadirnya sekelumit rasa perit yang menghancurkan jiwa..???


Awan itu,
Adakah ia mampu menjadi simbolik sebuah kehidupan...????


Renung diri,tanya iman....
Tidaklah salah andai menghadirkan walau hanya secebis kebahagiaan buat insan di tepi,atas,kanan,kiri,mahupun di mana-mana jua diri menapak...namun usah sesekali membuatkan mereka menangis kerana kita yang menghadirkan kedukaan itu...


p/s : manusia tak mungkin dan tak akan menjadi sempurna kerana itu adalah hakikat kejadian "manusia".
       Oleh itu,buatlah kebaikan walau dengan memberi senyuman andai itu mampu 
       membuatkan orang lain tersenyum sedangkan hakikat diri sendiri terluka...


No comments: