Tuesday, April 5, 2011
Tuesday, February 1, 2011
MonOlOg h@t! !n!..
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Indah sekali andai kita mampu memulakan hari dengan sebuah senyuman. Bangun saja dari tidur, terus merasai kesegaran hembusan angin yang mengasyikkan. Tapi, bukan mudah untuk selamanya merasai nikmat itu. Bertuahlah insan-insan yang sentiasa di anugerahkan dalam hidupnya nikmat sebegitu. Bersyukurlah. Perasaan sekelip mata akan berubah. Siapa yang boleh memberi jaminan bahawasanya kita akan bahagia selamanya. Mungkin seminit yang lalu kita mampu bergelak ketawa hingga unggas di hutan turut terasa. Semalam terasa bagai seluruh cakerawala berbisik riang menyambut kehadiran diri ini. Bulan, bintang, sama-sama memancarkan sinar menggambarkan rasa gembira. Bunga-bunga di taman itu juga tidak ketinggalan. Mereka sudi menebarkan haruman dengan harapan menghiburkan. Oh!! indahnya. Tapi tidak lagi sekarang. Hanya air mata menemani.
Hidup ini terasa sunyi keseorangan umpama di gunung sahara. Ingin di luahkan perasaan, tak siapa sudi memberikan telinganya. Ingin melafazkan bicara, mulut seakan-akan terkunci. Belum ku temui pemilik hati yang sudi menerima kekurangan demi kekurangan diri ini. Bukan hanya sekadar huluran tawa yang di sambut setinggi gunung.
Penatnya menghalang air di empangan yang hampir pecah. Menunggu masa untuk menghancurkan tembok yang sekian lama menjadi penghadang. Biar musnah segalanya. Agar diri ini puas sepuas-puasnya. Biar hilang segala-galanya andai itu mampu memberikan ketenangan yang selalu di nantikan.
Mungkin aku tiada apa yang istimewa untuk kau banggakan. Hidup sentiasa bergantung. Tidak bisa hidup sendirian. Tidak mampu jalan sendirian.
Aku rebah. Aku jatuh. Tak siapa sudi membantu. Luka itu dibiarkan tanpa berbalut. Menangis...meraung..tiada yang simpati. Ditambah pula dengan kritikan..kutukan yang membunuh hati ini..Aduh!!aduh!!
Mungkin sampai saat ini saja aku mampu bertahan..Tiada lagi esok.......
Terima kasih atas segalanya yang dikau simbahkan buat hati ini....
Saturday, October 9, 2010
Pel@ng! E2.....
Hadiah paling membuatkan aku rasa bahagia adalah kasih sayang hampa semua...senyuman hampa semua membuatkan aku gembira & tenang...
Buat MAK>>AYAH>>ALONG>>ATEH>>ACHIK>>
terima kasih sangat-sangat...8 OKTOBER 2010..berlalu dengan penuh makna & kenangan yang mendamaikan jiwa angah..
~ILHAM SUFIE~
menanti & terus menanti...smoga IA akan hadir bersama NUR KEIMANAN yang menenangkan jiwa...
AMENNN...
* YA RABBUL 'IZZATI....ku bermohon & ku berharap KAU tidak membawa pergi PELANGI ini dari hidupku...amennn...
Saturday, April 3, 2010
JanJI....???
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dulu
Kita selalu lepak sekali
Bila time bosan bertandang
Sama-sama bagi semangat
Sama-sama suka
Sama-sama nangis
Dulu
Kita selalu hirup angin yang lalu
Sambil tersenyum
Menikmati aiskrim
Perasaan pun turut larut
Nyaman senyaman aiskrim
Dulu
Kemana-mana kita janji
Kan tetap bersama
Aku salah kau tegur
Kau salah aku tegur
Last-last
Sama-sama kita ketawa
Dulu
Dimana kau muncul
Disitu aku tiba
Bagaikan objek dan bayang
Terlalu sukar untuk diceraikan
Tapi….
Itu semua cerita lama
Berlalu bersama detik waktu
Mana mungkin ia kembali
Kerna kini
Ianya tinggal kenangan nan abadi buat diri ini..
Di mana janjimu…
Wednesday, March 31, 2010
Friday, January 8, 2010
L4 t4hz4n....
BELAJARLAH DARI SEBUAH PENGALAMAN DAN CUBA UNTUK MENGHARGAINYA..USAH DI TANGISI PEMERGIAN HARI-HARI YANG SUDAH BERLALU KERANA HAKIKATNYA KITA TELAH MELAKARKAN SESUATU PADA WAKTU ITU..APA YANG PASTI, HARI ESOK PASTI KUNJUNG TIBA WALAUPUN KITA MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK MENGHADAPINYA...
Tuesday, November 24, 2009
NASIB aku KOT....
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kalampenaku...
Esok aku dah nak balik kampung.Lambaian jelapang padi yang menghijau menggamit kerinduan.So,mungkin sebulan pula kita akan bersua.huhuhu..
Dengan ditemani desiran putaran kipas,sinaran lampu kalimantang pada pagi yang agak "bising" nie,aku nak cerita pengalaman aku hari nie.Semoga ia mampu menjadi renungan buat semua.
"Nasib bek weh aku tak kena langgar hari nie.."
"huhhh...memang nasib aku la.."
"bertuah r ang...."
"kira okay la tue weh...tengok aku.."
-Nasib sabut timbul,nasib batu tenggelam-
Nasib
Nasib
Nasib
Ooooo nasib......
Okeh....kat atas tu banyak kali aku sebut tentang nasib..so,tajuk aku pagi nie tentang "NASIB"
Bukan semua orang bernasib baik dan bukan semua bernasib malang..ermmmm,betol tak r ayat aku nie..belasah ja la...=D
Apabila bicara tentang nasib,aku terfikir.Kadang-kadang kita selalu menyalahkan takdir.Selalu "kenapa??","mengapa", terbit dari bibir kita.Adakah itu ertinya tidak bersyukur??Soalan nie aku tujukan buat semua member-member yang terbaca atau tersesat kat blog aku..=)
Anugerah dan nikmat di waktu senang itu amat bermakna dalam hidup semua makhluk di dunia nie.Tahniah buat mereka yang senantiasa bersyukur dengan semua itu.Tapi,berapa banyakkah antara kita yang bersyukur??Aku lihat,kebanyakan kita bangga saat kesenangan tue dikecapi...sampai ada keluarkan statement "dunia ini,aku yang punya"..
Tapi,bila tiba saat ujian hadir...
Kita fikir,kitalah insan yang paling malang bila sesuatu musibah jadi kat kita.Salahkan takdir.Tuding jari kat orang lain.."salahkanmu jangan jangan salahkanku"..Ada pulak yang kata "Allah dah tak sayang kat aku".Tapi,benarkah kita yang paling malang??
Tidak!!
Hakikatnya,ada lagi insan yang lebih malang sedang bersedih di "sana".Pernahkah kita berfikir untuk membantu mereka??Pernahkah kita cuba untuk mendengar rintihan mereka??Pernahkah kita berhenti untuk mendekati insan malang itu??Sedih..pilu..simpati..kasihan..??wujudkah perasaan itu dalam diri kita??(aku tanya kat aku juga nie)
Ketahuilah..
Kita hanyalah hamba yang lemah..Hamba yang hina dina..Baik dan buruk itu semuanya ujian dari Allah s.w.t..Sang Pencipta yang Maha Agong..Hanya dia "pengatur" dan "perancang" terbaik..Disebalik ujian yang hadir tue terselit dan tersirat segunung hikmah jua rahsia.Itu adalah pasti!!
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
( surah Al-ankabut : 2 )
So,mohonlah petujuk dariNYA andai hati resah dan gelisah.Kadang-kadang itu hanya mainan perasaan.Apabila Allah s.w.t datangkan ujian ataupun kesusahan,pasti DIA akan hadirkan kesenangan jua kegembiraan selepas itu..yang penting kena YAKIN dan PERCAYA.
p/s : Ya ALLAH..semoga KAU pimpin hati suci dan berikan kekuatan buat "adik A" agar dia tenang merentasi kemelut di dunia penuh pancaroba ciptaanMU ini .amennn...
Sunday, November 22, 2009
aku "HIDUP"..
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hidup..
apa erti hidup??
aku bingung
aku keliru
adakah hidup itu bahagia selamanya??
adakah hidup itu gembira selamanya??
atau hidup itu sentiasa suram??
ini semua aku serahkan padamu untuk menilai..
Hidup..
apa erti hidup??
adakah ia satu tempat persinggahan??
atau sekadar dunia khayalan??
penuh dengan ceritera dongengan??
mimipikah aku??
hakikatnya tidak..
mengapa hidup perlu begini??
mengapa hidup perlu begitu??
ini juga aku serahkan padamu untuk berfikir..
Hidup..
apa erti hidup??
siapa "penciptanya"??
lihatlah..
betapa agongnya
betapa hebatnya Dia menciptakan "hidup"
dimana tiangnya??
dimana lantainya??
unik..
sungguh unik...
Namun..
apa jasamu
apa tugasmu
kau sendiri
lihat lah...
alpa dengan lukisan sendiri
alpa dengan keasyikan melodi sendiri
alpa dengan hakikat "diri" kau
hanyalah "barang" pinjaman..
Hidup...
kau kata kau bersyukur
tapi di mana buktinya??
tahukah kau apa itu syukur??
usah kau menipu diri sendiri
zahirkan dirimu disebalik topengmu itu..
hadapilah alam realiti ini
kerana inilah hakikatnya...
Hidup..
sujudlah kau
sujudlah pada Sang Pencipta
kerana itulah yang terbaik
yakinlah
kau akan damai...
damai...
selamanya damai..
p/s :* letakkan sepenuh pengharapan dan kasih kepada Sang Pemilik jiwa..dirimu pasti tenang damai abadi.
*sandarkan sepenuh cinta kepada Sang Pemilik "hakiki" hatimu..pasti cintamu berbalas dan dihargai..
*DIA lah segalanya..hanya DIA tiada lagi yang lain.....
*pe pun..hepi holiday semua..(n_n)y
Monday, November 16, 2009
wARkah di kALa huuujANN...
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
* serahkan dan titipkan 100% pengharapan hanya pada SANG PENCIPTA..ALLAHU RABBI..agar diri senantiasa ceria seindah & sesinar rembulan di kala malam menjelma...insyaALLAH...=)
p/s : nie "sajak" kononnya la...hahahhaha..just nak hiburkan hati..hari nie hujan ja seharian...
semoga dpt paham disebalik sajak yang "terbaik" yang aku buat hari ini...hehehe
jia you!!
baarakallahu fikummm...amennn..
Hujan...
bisakah engkau
menghapuskan segala kotoran
dimuka bumi ini...??
Tidak!!
mungkin engkau mampu
menggembirakan tanah yang gersang
namun...
engkau tidak mampu
menghapuskan "kesan"
yang kau tinggalkan
engkau juga tak mungkin
menbersihkannya..
menbersihkannya..
malah
engkau hadirkan lagi lumpur
yang entah bila akan
terhapus.....
Begitulah jua....
Mutiara jernih..
hanya mampu gugur
membasahi bantal & membazirkan tisu
ia juga tak mampu
menghilangkan segala kegusaran
di hati ini,
tak mungkin menghilang segala
"kekotoran"
di jiwa ini...
tak mungkin!!tak mungkin!!
jua takkan sesekali
menghapuskan segala dosa-dosa lalu..
pasti masih ada kesan-kesan
jua parut yang kekal
selamanya.....
Ya Allah...
Hanya Dikau mampu menyembuhkan
segalanya...
Kau juga pengubat
yang TERBAIK...
p/s : nie "sajak" kononnya la...hahahhaha..just nak hiburkan hati..hari nie hujan ja seharian...
semoga dpt paham disebalik sajak yang "terbaik" yang aku buat hari ini...hehehe
jia you!!
baarakallahu fikummm...amennn..
Thursday, November 12, 2009
CerGAS cERia BERsamA BroMC09...
PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA
Kempen bro MC telah bermula.Fakulti dan Kolej adalah sasaran kami.Nantikan kami mengetuk setiap pintu kegelisahan ANDA.Berminat tapi tiada masa untuk sms kepada kami?Pendaftaran boleh dilakukan terus disana.Masih banyak kekosongan untuk ANDA isi!Jangan tunggu lagi!Daftar sekarang!
Tarikh : 22 November 2009 - 24 November 2009
Tempat :Kem Sri Raudah,Gombak
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil
http://bromc09.blogspot.com/
Tuesday, November 10, 2009
Mengapa perlu hadirnya...???
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Di sini aku berhenti seketika..terus memerhati alam sekeliling,merenung kehidupan,dan cuba untuk berfikir..terdetik di hati kecil ini untuk membuat kesimpulan sendiri.Walaupun aku tahu dan mengerti bahawa kesimpulan itu mungkin betul dan jua mungkin ada salahnya...
Awan itu,
sekali pandang mungkin mampu membuatkan sang pemerhati tersenyum,mungkin ia jua akan membuatkan sang pemerhati menangis,malah ia juga mampu membuatkan sang pemerhati ketawa riang..yang pasti semua itu atas penilaian sang pemerhati..
Awan itu,
Tanpa kita duga...dalam kegembiraan dan keindahannya di langit biru yang luas itu terselit duka yang akhirnya menggugurkan titisan jernih.Tiada siapa tahu..tiada siapa mengerti...tiada siapa memahami....hakikat yang ditanggung dek awan yang disangka berarak riang rancak hingga mengaburi sang pemerhati yang sedang leka memerhatikannya..
Awan itu,
Alangkah indahnya andai selamanya tenang setenang kalbu yang suci tanpa dosa noda....mampu mempengaruhi sang pemerhati agar damai sedamainya tanpa hadirnya sekelumit rasa perit yang menghancurkan jiwa..???
Awan itu,
Adakah ia mampu menjadi simbolik sebuah kehidupan...????
Renung diri,tanya iman....
Tidaklah salah andai menghadirkan walau hanya secebis kebahagiaan buat insan di tepi,atas,kanan,kiri,mahupun di mana-mana jua diri menapak...namun usah sesekali membuatkan mereka menangis kerana kita yang menghadirkan kedukaan itu...
p/s : manusia tak mungkin dan tak akan menjadi sempurna kerana itu adalah hakikat kejadian "manusia".
Oleh itu,buatlah kebaikan walau dengan memberi senyuman andai itu mampu
membuatkan orang lain tersenyum sedangkan hakikat diri sendiri terluka...
Oleh itu,buatlah kebaikan walau dengan memberi senyuman andai itu mampu
membuatkan orang lain tersenyum sedangkan hakikat diri sendiri terluka...
Sunday, November 1, 2009
Dalam kedukaan..ada ketenangan..
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kalampenaku...
Aku nak kongsi kegembiraan aku kat cnie..hari nie keluar jalan-jalan ikut housemate aku,kak syitah pi Darby Park area KLCC.Ermmmm...pi rumah saudara dia.Best sangat hari nie coz aku jumpa dengan si comey LOKMAN dan si cute FARISYA,dan ada laginya Farhana,Fatini juga Firdaus yang minat melukis komik tersendiri..hehehe..rasa terubat sikit rindu kat kampung tercinta nun jauh di jelapang padi..huhuhu..kat bawah nie aku selitkan gambar-gambar time kat sana...
hehe...best kan..perut kenyang dan hati juga bahagia..Alhamdulillah...thanks YA ALLAH coz KAU hadirkan kegembiraan dan ketenangan buatku hari nie..dan thanks juga buat kak syitah...dan tak lupa juga buat cik aini dan pak cik hasyim sekeluarga...semoga senantiasa dalam rahmat dan barakanNYA..murah rezki sokmo...amennn=)
p/s : - dah happy tue jangan lupa nak study pulak ye angah..
- jia you!!ma'attaufiq wannajah buat sahabat2 semua...
- jawab exam elok-elok noo..
Thursday, September 10, 2009
BerSAbarkAH aKU????
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hari nie macam-macam berlaku dalam hidup aku..sampai terfikir pula nak menulis buku tajuk 'hari-hari dalam hidupku' macam buku tokoh terulung asy-syahidah Zainab Al-ghazali.Dalam keletihan tadi,selepas habis ja kelas terakhir untuk hari nie secara formalnya..aku pun terfikir untuk berbuka bersama-sama member-member aku kat rumah diorang.Ermmmm...aku call ja kak 't' gtau dia aku nak pi sana..
Kalampenaku....
Hari nie macam-macam berlaku dalam hidup aku..sampai terfikir pula nak menulis buku tajuk 'hari-hari dalam hidupku' macam buku tokoh terulung asy-syahidah Zainab Al-ghazali.Dalam keletihan tadi,selepas habis ja kelas terakhir untuk hari nie secara formalnya..aku pun terfikir untuk berbuka bersama-sama member-member aku kat rumah diorang.Ermmmm...aku call ja kak 't' gtau dia aku nak pi sana..Sampai ja kat bangunan kediaman diorang,aku tengok ramainya pak cik2,mak cik2,adik2 kecik,kakak2 dan abang2 yang berkerumun depan lif.Rupa2nya lif rosak.Ada la pulak orang yang terperangkap dalam tue.Sedihnyaaaa.....
Bertungkus-lumus beberapa orang penghuni lain cuba untuk hulurkan bantuan..Subhanallah..kuatnya semangat kejiranan yang wujud dalam jiwa diorang.Semangat diorang membuatkan aku terfikir betapa ikhlasnya hati-hati mereka tanpa menghiraukan betapa letihnya diorang sehingga berjujuran titisan keringat tambahan pula dalam bulan ramadhan mulia nie..Semoga diorang sentiasa diberkati dalam hidup dan hanya Allah Pemilik sekalian alam mampu menilai dan membalas segalanya..
Namun,dalam kebanggaan memiliki masyarakat macam tue..aku sedih kerana ada segelintir daripada mereka yang hanya tahu membebel dan menambahkan keserabutan kat orang2 yang ada di situ..hanya Allah saja la yang tau..huhuhu
Tunggu punya tunggu,sampai jugak 'si pembuka lif'..tapi malangnya tak jugak terbuka lif tue..huhuhuhu..aku pun letih menunggu.Tambahan pula aku tak solat Asar lagi waktu tue.Jam pula dah dekat pukul 6 petang..apalagi,aku pun buat keputusan untuk naik ja tangga..ermmmmm..lupa nak bagitau,rumah member2 kau tue tingkat 15 (atas sekali)..tak pikir dah nak patah balik ataupun pikir penat ka tak...aku dengan sepenuh tenaga naik ja tangga dan akhirnya sampai jugak kat rumah diorang..hehehe..alhamdulillah..berjaya juga misi pendakian aku walaupun hampir putus semangat untuk meneruskan pendakian time sampai tingkat 8 tue..huhhhh semput jugak..rasa macam nak luruh ja jantung..huhuhu..=(
Saat tue aku teringat kata-kata kak 't' time tengah tunggu lif (sebelum kejadian berlaku)..'sham...hanya orang yang sabaq ja boleh dok kat sini.sham x leh dok kat sini akak rasa....'aku senyum sorang2 bila teringat kata2 tue.Memang betoi la apa yang kak 't' cakap tue..aku akan ingat saat2 macam yang jadi hari nie...=)
So,apa yang nak aku habaq kat sini....dalam setiap yang terjadi dalam hidup kita da tercalit hikmah di sebalik semua itu..dalam kesusahan akan hadirnya kesenangan dan jangan lupa sebaliknya,yang manis tu tak semestinya akan selamanya manis kerana tercipta kepahitan sebagai pasangannya..Itulah dinamakan lumrah kehidupan dan asam garam untuk menjadikan kita hamba yang sentiasa berfikir untuk menjadi yang terbaik...
Akhir kalam,ingin aku ingatkan pada diriku yang kerdil lagi hina dina ini juga buat kalian member2 kalampenaku agar senantiasa bersyukur dengan nikmat kurnianNYA walauapapun Dia hadirkan dalam hidup kita..renung dan fikirkanlah.....
*p/s : -hidup biar sentiasa memberi manfaat untuk orang lain
-usahlah mengharapkan pujian ataupun pengiktirafan hamba melainkan
hanya mengharapkan pujian dariNYA kerana itulah sebaik-baik
pengharapan..
-do the best to be the best in your life!!!!
-JIA YOU!!!
Tuesday, September 8, 2009
Saturday, September 5, 2009
kerNa aKU....
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan Kalampenaku yang amat disayangi,dikasihi,dicintai dan dirindui.....
Tahniah buat kalian kerana sanggup berjuang demi sebuah perjuangan tanpa mengenal erti keperitan dan kesusahan saat 'mereka' bersenang-lenang dengan kehidupan di dunia fana'.TAHNIAH!!!!aku berasa bangga dengan kalian...Teruskan usaha di atas jalan KEBENARAN...
Ermmmm...dah masuk hari ke-15 berada dalam bulan penuh keberkatan,Ramadhan El-mubarak..dimana seluruh umat Islam wajib la puasa kecuali 'mereka' yang diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w.t..oh ya..sementara nak tunggu untuk aku kejut kak 'I' bangun sahur nie..Terfikir la pula kat Kalampenaku yang semakin usang dek ditinggalkan oleh tuannya yang otaknya hampir-hampir tepu kerana malas untuk terus berfikir..hehe..
Minggu nie la penuh dengan aktiviti yang menyesakkan kepala otak yang memang dah serabut nie..assigment la..keluar jalan-jalan ngan member-member la..pikir tempat untuk berbuka la..janji temu ngan mr 'psiko' lagi...ermmmm...meeting lagi..uhuk2..busy la katakan...tapi bila dipikirkan,tak la busy sangat.Buat-buat busy ja lebih..Apapun aku bersyukur sangat sebab aku ada PENCIPTA dan PENGATUR hidup aku yang Maha HEBAT sekali..saat DIA hadirkan kat aku kesusahan,dia susuli dengan menghadirkan kat aku kesenangan..SUBHANALLAH..betapa indahnya hidup kita andai mengabdikan seluruh kehidupan kita untukNYA..DIA lah sebaik-baik tempat pengharapan dan tempat untuk kita mengadu..huhuhu...sedih la pula..bukan apa..kadang-kadang kita lupa dengan hakikat kehidupan yang ada pro dan kontranaya..rasa diri sudah hebat apabila membuat sedikit kebaikan walaupun tak sampai pun sebesar biji sawi..kenapa ya manusia nie selalu macam tuh??????
Okey la..sama-sama kita pikirkan dan renung diri kita.Adakah kita betul-betul buat segala apa yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita selama kita bernafas dengan 'makhluk' pinjaman ALLAH s.w.t buat kita....?????
Dah hampir waktu imsak,subuh pun tak lama lagi...aku nak berundur diri dulu k..jumpa lagi duhai kalampenaku...
p/s : selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kenikmatan..
jangan lupa bangun sahur...bangunlah walaupun hanya dengan minum seteguk air kerana pada sahur itu adanya keberkatan...
dan jangan la terlebih makan time berbuka tue..nanti berat pulak nak pegi terawih..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)















